Kejaman pula ialah sekumpulan manusia atau suku kaum yang wujud di
negara ini. Bukan saja orang luar, ramai penduduk Sarawak juga tidak
pernah tahu wujudnya kaum itu. Kaum itu hanya boleh ditemui di bumi
Sarawak. Kaum ini boleh didapati di sebuah perkampungan kaum kecil di
daerah Belaga, di kawasan pedalaman Sarawak iaitu di Hulu Sungai Rajang -
terpanjang di negara ini, menghala ke Bakun.
Kejaman ialah salah
satu etnik kecil di Belaga yang bernaung di bawah masyarakat Kajang
bersama beberapa suku etnik kecil lain iaitu Punan, Sekapan, Lahanan dan
Sihan. Mereka membuka dua perkampungan di Hulu Sungai Rajang dengan
jumlah penduduk lebih kurang 1,300 orang.
Berpecah kepada dua
perkampungan iaitu di Rumah Panjang Kejaman Long Segaham dan Long Litten
akibat krisis peperangan antara kaum pada kurun ke-18, masyarakat itu
hanya boleh ditemui jauh di hulu Belaga selepas melalui pelbagai
kesukaran untuk ke perkampungan mereka.http://myadha.blogspot.com/2010/01/etnik-kejaman-di-sarawak.html
No comments:
Post a Comment