PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK
DIPULIHKAN
1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu
Penguasaan 2M)
1.2 Berdasarkan PKBS, atau
1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau
1.4 Berdasarkan
perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru
Bahasa
Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.
2. MENGENAL PASTI MASALAH
2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal
atau deria murid:
·
Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan,
pendengaran atau pertuturan.
·
Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan
bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
·
Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan
menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.
2.2
Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:
2.2.1 Jalankan
ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku
Panduan Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK,
KPM)
2.2.2 Dalam
buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN
BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)
2.2.3 Jangan
potostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk
menjawab.
2.2.4 Beri
sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok
cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan.
Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.
2.2.5 Murid
berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan
ujian.
2.3
Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan
emosi;
2.3.1 Masalah
sosial seperti:
·
Selalu tidak hadir ke sekolah
·
Tiada galakan keluarga
·
Kemiskinan
·
Takut
·
Malu
·
Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu
diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau
lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.
3.
STRATEGI PENGAJARAN
Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya.
Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh
murid.
Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah
dirujuk.
CONTOH :
![]() |
Objektif Pengajaran – menjadi objektif yang ditulis dalam
buku rekod mengajar.
Katakanlah ada 10 orang murid. Kumpulkan mengikut masalah yang sama, atau
yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran guru.
Mungkin terdapat 2 atau 3 kumpulan. Guru menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan.
Berdasarkan contoh di atas. Katakanlah murid tersebut
telah menguasai / membaca sukukata / perkataan kv + kv, guru terus beralih ke
kemahiran seterusnya tanpa menjalankan ujian diagnostik lagi. Kemahiran
tersebut perlu ditulis di ruangan ’objektif pengajaran’.
Catatkan tarikh murid berjaya menguasai di ruangan
’tarikh menguasai’
4.
PELAKSANAAN
Guru perlu melaksanakan P&P mengikut turutan carta
alir.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran (membaca)
seperti:
·
Kaedah abjad
·
Kaedah pandang dan sebut
·
Kaedah gabungan (bunyi)
·
Kaedah campuran, dan lain-lain
Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang bersesuaian
dengan kebolehan murid dan keupayaan guru sendiri.
Pengajaran perlu meliputi 5 aspek: lisan, bacaan,
tulisan, ejaan serta pemahaman.
Dalam kelas pemulihan khas – hanya kemahiran asas
ditekankan, manakala kemahiran-kemahiran seperti menulis karangan dan tatabahasa
dipertanggungjawabkan kepada guru kelas atau lebih kepada pemulihan dalam bilik
darjah (pemulihan KBSR).
5. PENILAIAN
Penilaian dibuat kepada individu jika didapati seseorang
murid itu telah dapat menguasai sesuatu kemahiran.
Sekiranya didapati masih gagal, guru perlu mengkaji
sebabnya (mungkin strategi guru tidak sesuai, dan perlu mengubah strategi)
Jika murid tersebut telah berjaya menguasai sesuatu
kemahiran, bolehlah beralih kepada kemahiran yang seterusnya.
Murid dikembalikan ke kelas biasa apabila didapati murid
tersebut telah menguasai kemahiran asas membaca.

No comments:
Post a Comment