ni adalah kisah yg selalu ibu dan ayah cerita kat kami adik beradik masa kitaorang kecik-kecik lg...cerita ni adalah edisi terhad dan diceritakan semasa kami berkumpul @ semasa makan....
Alkisah, pada zaman dahulu kala, penduduk kejaman di Sungai Balui adalah tak terkira jumlahnya.. mereka mendirikan rumah panjang di sekitar muara Sungai Belaga, tebing sungai Balui sehingga ke Long Mekero serta datah muma....semuanya didiami oleh kaum kejaman...
Suatu ketika, berlaku penentangan terhadap Rajah Brooke.....maka, ketua kaum kayan pada masa itu iaitu Lakek Avit mulai mengumpulkan bala tenteranya untuk menentang Rajah Brooke...Kaum kejaman merupakan kaum yang bersemangat juang tinggi. Ramai yang menyokong perjuangan tersebut dan menyertai Lakek Avit untuk menentang James Brooke...Akhirnya, sampai juga rombongan James Brooke ke kawasan penempatan kaum kejaman. Maka, berlaku la serangan yang sukar ditangkis oleh Kaum Kejaman kerana mereka tidak memiliki senjata api. Yang ada cuma parang serta "ujep" yang menjadi senjata utama mereka. Kononnya, semasa serangan itu semua orang kejaman telah mati. Cuma tinggal satu keluarga yang telah lari bersembunyi di Gua Batu Kelavet. Gua ini dikatakan sangat sakti. Rombongan tentera James Brooke yang telah melalui kawasan batu ini dikatakan tidak dapat mengesan kehadiran keluarga yang sedang bersembunyi di situ. Maka, keluarga itu terselamat daripada ancaman. Keluarga inilah yang telah mengasaskan kaum kejaman yang ada sampai sekarang. Menurut orang tua-tua, inilah punca mengapa Kaum Kejaman menjadi kaum yang minoriti di Sarawak kerana telah mengalami kepupusan akibat serangan tersebut.Cerita ini adalah cerita dari mulut ke mulut dan tidak tercatit dalam buku sejarah Sarawak. Namun, kesahihannya boleh dibuktikan oleh beberapa kesan tinggalan sejarah di tapak pertempuran..
No comments:
Post a Comment