SEJARAH KAUM KEJAMAN
Kaum Kejaman merupakan salah satu
etnik yang sudah lama menetap di negeri Sarawak. Yang kini menetap di dua buah
rumah panjang, iaitu Rumah Kejaman Datah Liten dan Rumah Kejaman Bak' Segaham dengan
populasi seramai seribu empat ratus orang penduduk serta dipimpin oleh seorang “laja
levou”. Pada awal abad yang ketujuh belas kaum Kejaman telah menetap di kawasan
Sungai Kajang, iaitu sebatang sungai simpang Sungai Linau. Tetapi, selepas
bertahun-tahun hidup di sekitar Sungai Kajang, kemudiannya kaum ini telah
berpindah dan menetap di sepanjang Sungai Balui.
Kaum Kejaman telah dikumpulkan
hidup dalam beberapa buah rumah panjang iaitu Rumah Kejaman Datah Liten, Rumah
Kejaman Tuju Cada, Rumah Kejaman Tuju Meta'ap, Rumah Kejaman Datah Muma, Rumah
Kejaman Datah Tiveng, Rumah Kejaman Tuju Jagu'ah, Rumah Kejaman Tuju Ha', Rumah
Kejaman Belu'it dan Rumah Kejaman Datah Nian. Tiap-tiap sebuah rumah panjang
itu telah dipimpin oleh seorang ketua yang dikenali sebagai “Laja Levou”.Biasanya
seseorang yang dipilih sebagai “Laja Levou” adalah mesti seorang daripada
keturunan bangsawan dan dia memimpin anak-anak buahnya yang dipanggil Panyin.
No comments:
Post a Comment