Klik pada post yg popular

Wednesday, August 01, 2012


Ceritera Perjuangan

Pada tahun 1830an dua orang pegawai Inggeris, iaitu Mr. Fox dan Mr. Steel telah dibunuh di Kanowit. Pembunuhnya iaitu Sawing dan Sakalai terdiri daripada kaum Kanowit. Mengikut ceritanya kaum Kanowit telah ada mempunyai tali persaudaraan dengan kaum-kaum yang ada di Batang Balui. Oleh kerana itu, Sawing dan Sakalai melarikan diri ke hulu Batang Balui bersama-sama pengikutnya. Kebetulan pada masa mereka sampai di Nanga Sama, Sawing dan Sakalai serta pengikut-pengikut bertemu dengan sekumpulan besar kaum Kayan yang diketuai oleh Lake' Havit yang baru berpindah dari Batang Kayan di Kalimantan. Mengikut cerita Lake' Havit mempunyai kaki sebelah kiri yang cacat tetapi tegas dan mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat di hulu Batang Balui. Dengan kesempatan ini Sawing dan Sakalai merayu perlindungan daripada Lake'Havit. Lake'Havit telah menerima rayuan ini sebab dia telah mendapat bantuan daripada kaum-kaum lain yang ada sekitar kawasan Batang Balui. Apabila Rajah Brooke mendapati bahawa Sawing dan Sakalai telah berselindung di bawah jagaan Lake'Havit. Rajah Brooke menghantar pegawainya untuk berunding dan menghantarkan sebilah pedang dan sehelai bendera pemerintahan Rajah Brooke sebagai simbolik, tetapi Lake'Havit dan pengikutnya telah memilih sebilah pedang dan mengembalikan bendera. Ini bererti Lake'Havit dan pengikut-pengikutnya menentang pemerintahan Rajah Brooke. Lake'Havit dan pengikut-pengikutnya pergi ke tiap-tiap rumah panjang kaum Punan untuk mendapat sokongan bagi menubuhkan pangkatan yang kuat untuk menentang pangkatan Rajah Brooke, tetapi kaum Punan telah menolak pelawaan ini. Lake'Havit terus pergi jumpa tiap-tiap rumah panjang kaum Sekapan tetapi kaum Sekapan juga menolak pelawaan Lake'Havit. Walaupun Lake'Havit gagal memujuk Kaum Punan dan kaum Sekapan untuk menyertai angkatannya, dia terus pergi ke tiap-tiap rumah panjang kaum Kejaman. Akhirnya kaum Kejaman bersetuju untuk menubuhkan satu angkatan bergabung dengan angkatan Lake'Havit. Angkatan kaum Kejaman telah ditetapkan sebagai barisan hadapan menentang pangkatan Rajah Charles Brooke. Kononnya kaum Kejaman sudah bersiap-sedia dan sudah melatih lapan ratus lapan puluh lapan orang pahlawan yang gagah dan berani dan pandai berperang. Lake'Havit dan pangkatannya berpindah ke hulu Batang Balui sebagai pangkatan barisan belakang menentang pangkatan Rajah Charles Brooke. Mengikut cerita, semua kaum Kejaman telah berkumpul di satu tempat iaitu di Tuju Meta'ap (kawasan itu kira-kira dua kilometer dari sebelah hilir Kem Teleng Logging Sendirian Berhad sekarang). Sebelum angkatan Rajah Brooke sampai, angkatan kaum Kejaman sudah bersiap-sedia membina panggar menyediakan bermacam-macam jenis peralatan seperti lembing, tombak, parang, pedang, perisai, sumpuitan, perangkap dan peluru-peluru meriam. Pada pertengahan tahun 1836 Rajah Charles Brooke telah mengadakan Batang Balui Expedition untuk menentang penjenayah, pemberontak serta menangkap pembunuh Mr. Fox dan Mr. Steel, iaitu Sawing dan Sakalai. Rajah Charles Brooke telah membawa berbelas ribu pengikut yang terdiri daripada kaum Than daripada Batang Skrang, Layar, Julau dan Batang Baleh serta kaum-kaum lain dari sekitar sepanjang Batang Rajang. Angkatan Rajah Charles Brooke terus bergerak ke hulu Batang Rajang terus sampai ke hulu Batang Balui. Akhirnya angkatan Rajah Charles Brooke telah tiba di Tuju Batou berdekatan dengan kota angkatan kaum Kejaman di Tuju Meta'ap.

Apabila mereka tiba di Tuju Batou, Rajah Charles Brooke mengarahkan tenteranya mengibarkan bendera putih yang telah menunjukkan dia telah ingin berdamai tetapi pangkatan kaum Kejaman telah mengibarkan bendera merah yang menunjukkan angkatan kaum Kejaman hendak menentang angkatan Rajah Charles Brooke. Kedua-dua pihak telah bertempur selama lapan hari dan lapan malam dan akhirnya angkatan kaum Kejaman telah mengaku kalah. Ramai daripada kedua-dua pihak telah terkorban, malangnya kaum Kejaman telah menerima banyak kemusnahan. Ramai perempuan dan anak kecil telah dibunuh dan ditangkap serta banyak harta benda telah dirampas dan banyak rumah panjang di sepanjang Batang Balui dibakar.

Mengikut cerita ada seorang daripada pahlawan kaum Kejaman yang bernama Imem Ada' seorang yang gagah, berani serta pandai menggunakan senjata perang telah mempertahankan serangan musuh serta dapat memberi ruang bagi ibu-ibu serta anak-anak kecil dan orang-orang tua melarikan diri. Dua orang anak kepada laja levou, seorang anak lelaki bernama Sebuang Kebing dan seorang anak perempuan yang bernama Inan Joi Sukun telah ditangkap sebagai tawanan, tetapi Rajah Charles Brooke mengarahkan pengikutnya menghantar balik mereka. Inan Joi Sukun telah dibawa ke hulu Batang Balui dan ditinggalkan di Na' Lake' Dian serta ditandakan dengan sehelai bendera pemerintahan Rajah Brooke, tetapi Sebuang Kebing telah terus dibawa oleh seorang pahlawan Than dari Julau sebagai anak angkat. Rajah Charles Brooke terus ke hulu Batang Balui untuk mencari Lake'Havit dan pengikut-pengikutnya. Akhirnya Lake' Havit telah mengaku kalah dan Sawing serta Sakalai telah ditawan dan ditangkap.


Struktur Organisasi



 
Tiap-tiap seorang “Laja Levou” menentukan kawasan-kawasan bagi anak-anak buahnya bertanam padi bukit, bertanam pokok-pokok buah dan bertanam tanaman lain serta tempat mendapatkan hasil-hasil hutan. Kawasan-kawasan Sungai Segaham, Sungai Tebavan, Sungai Menjawah, Sungai Daguai, Sungai Nian, Sungai Semengueang, Sungai Muma, Sungai Batou, Sungai Kita, Sungai Ha, Sungai Koyan, Sungai Penyuen, Sungai Dangeang, Kawasan Giam Bakun, Sungai Aya dan Sungai Beluit adalah kawasan-¬kawasan di mana kaum Kejaman telah selalu berpindah-randah menerokai hutan tempat bercucuk tanam serta mendapatkan hasil-hasil hutan. Namun, sistem perhambaan telah lama dihapuskan setelah kaum ini dikatakan dikatakan didatangi oleh Mubaligh Kristian dan mereka semua mulai memeluk agama Kristian serta mempercayai kesamarataan hak.  Sekarang, rumah panjang masih dipimpin oleh “Laja Levou” namun tiada lagi sistem perhambaan. “Laja Levou” hanya bertindak sebagai wakil pentadbir kerajaan di rumah panjang dan tidak berkuasa untuk menyuruh anak-anak buahnya untuk melakukan tugasan harian untuk beliau. Tiap-tiap seorang “Laja Levou” menentukan kawasan-kawasan bagi anak-anak buahnya bertanam padi bukit, bertanam pokok-pokok buah dan bertanam tanaman lain serta tempat mendapatkan hasil-hasil hutan. Kawasan-kawasan Sungai Segaham, Sungai Tebavan, Sungai Menjawah, Sungai Daguai, Sungai Nian, Sungai Semengueang, Sungai Muma, Sungai Batou, Sungai Kita, Sungai Ha, Sungai Koyan, Sungai Penyuen, Sungai Dangeang, Kawasan Giam Bakun, Sungai Aya dan Sungai Beluit adalah kawasan-¬kawasan di mana kaum Kejaman telah selalu berpindah-randah menerokai hutan tempat bercucuk tanam serta mendapatkan hasil-hasil hutan.



SEJARAH KAUM KEJAMAN

Kaum Kejaman merupakan salah satu etnik yang sudah lama menetap di negeri Sarawak. Yang kini menetap di dua buah rumah panjang, iaitu Rumah Kejaman Datah Liten dan Rumah Kejaman Bak' Segaham dengan populasi seramai seribu empat ratus orang penduduk serta dipimpin oleh seorang “laja levou”. Pada awal abad yang ketujuh belas kaum Kejaman telah menetap di kawasan Sungai Kajang, iaitu sebatang sungai simpang Sungai Linau. Tetapi, selepas bertahun-tahun hidup di sekitar Sungai Kajang, kemudiannya kaum ini telah berpindah dan menetap di sepanjang Sungai Balui.
Kaum Kejaman telah dikumpulkan hidup dalam beberapa buah rumah panjang iaitu Rumah Kejaman Datah Liten, Rumah Kejaman Tuju Cada, Rumah Kejaman Tuju Meta'ap, Rumah Kejaman Datah Muma, Rumah Kejaman Datah Tiveng, Rumah Kejaman Tuju Jagu'ah, Rumah Kejaman Tuju Ha', Rumah Kejaman Belu'it dan Rumah Kejaman Datah Nian. Tiap-tiap sebuah rumah panjang itu telah dipimpin oleh seorang ketua yang dikenali sebagai “Laja Levou”.Biasanya seseorang yang dipilih sebagai “Laja Levou” adalah mesti seorang daripada keturunan bangsawan dan dia memimpin anak-anak buahnya yang dipanggil Panyin.

Tuesday, July 24, 2012

Batu Kelavet....Antara Mitos dan Fakta

hi, tiba2 petang ni rasanya nak mengarang pulak....
ni adalah kisah yg selalu ibu dan ayah cerita kat kami adik beradik masa kitaorang kecik-kecik lg...cerita ni adalah edisi terhad dan diceritakan semasa kami berkumpul @ semasa makan....

Alkisah, pada zaman dahulu kala, penduduk kejaman di Sungai Balui adalah tak terkira jumlahnya.. mereka mendirikan rumah panjang di sekitar muara Sungai Belaga, tebing sungai Balui sehingga ke Long Mekero serta datah muma....semuanya didiami oleh kaum kejaman...
Suatu ketika, berlaku penentangan terhadap Rajah Brooke.....maka, ketua kaum kayan pada masa itu iaitu Lakek Avit mulai mengumpulkan bala tenteranya untuk menentang Rajah Brooke...Kaum kejaman merupakan kaum yang bersemangat juang tinggi. Ramai yang menyokong perjuangan tersebut dan menyertai Lakek Avit untuk menentang James Brooke...Akhirnya, sampai juga rombongan James Brooke ke kawasan penempatan kaum kejaman. Maka, berlaku la serangan yang sukar ditangkis oleh Kaum Kejaman kerana mereka tidak memiliki senjata api. Yang ada cuma parang serta "ujep" yang menjadi senjata utama mereka. Kononnya, semasa serangan itu semua orang kejaman telah mati. Cuma tinggal satu keluarga yang telah lari bersembunyi di Gua Batu Kelavet. Gua ini dikatakan sangat sakti. Rombongan tentera James Brooke yang telah melalui kawasan batu ini dikatakan tidak dapat mengesan kehadiran keluarga yang sedang bersembunyi di situ. Maka, keluarga itu terselamat daripada ancaman. Keluarga inilah yang telah mengasaskan kaum kejaman yang ada sampai sekarang. Menurut orang tua-tua, inilah punca mengapa Kaum Kejaman menjadi kaum yang minoriti di Sarawak kerana telah mengalami kepupusan akibat serangan tersebut.

Cerita ini adalah cerita dari mulut ke mulut dan tidak tercatit dalam buku sejarah Sarawak. Namun, kesahihannya boleh dibuktikan oleh beberapa kesan tinggalan sejarah di tapak pertempuran..

Monday, July 23, 2012

aktiviti masa xmas...futsal


Budaya

Ukiran kat luar rumah....


Teka siapakah ini?











                                                 Buat kuih jala dan kuih cap....

Friday, July 20, 2012

Etnik Kejaman di Sarawak

Kejaman pula ialah sekumpulan manusia atau suku kaum yang wujud di negara ini. Bukan saja orang luar, ramai penduduk Sarawak juga tidak pernah tahu wujudnya kaum itu. Kaum itu hanya boleh ditemui di bumi Sarawak. Kaum ini boleh didapati di sebuah perkampungan kaum kecil di daerah Belaga, di kawasan pedalaman Sarawak iaitu di Hulu Sungai Rajang - terpanjang di negara ini, menghala ke Bakun.

Kejaman ialah salah satu etnik kecil di Belaga yang bernaung di bawah masyarakat Kajang bersama beberapa suku etnik kecil lain iaitu Punan, Sekapan, Lahanan dan Sihan. Mereka membuka dua perkampungan di Hulu Sungai Rajang dengan jumlah penduduk lebih kurang 1,300 orang.

Berpecah kepada dua perkampungan iaitu di Rumah Panjang Kejaman Long Segaham dan Long Litten akibat krisis peperangan antara kaum pada kurun ke-18, masyarakat itu hanya boleh ditemui jauh di hulu Belaga selepas melalui pelbagai kesukaran untuk ke perkampungan mereka.http://myadha.blogspot.com/2010/01/etnik-kejaman-di-sarawak.html

Kepentingan Hutan Paya


Kepentingan hutan paya
  • Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Tumbuhan hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dengan memberi perlindungan dari arus pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
  • Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan.
  • Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri perikanan.
  • Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sadimen (bahan enapan) dari kawasan muara dan pantai.Ini seterusnya berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara sungai dalam jangka masa yang panjang.
  • Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh.

  • Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.
  • Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi dijalankan. Tanih ini digunakan dalam industri kulit.
  • Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya boleh dieksploitasikan untuk pelancongan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial.
  • ·         Antara kepentingan perdana adalah untuk mengawal suhu bumi. Pokok mengeluarkan oksigen dan menyedut karbon dioksida. Apabila pokok banyak ditebang, maka keseimbangan antara kedua-dua gas itu telah tergugat. Maka tidak menghairankan apabila suhu bumi pada masa ini semakin meningkat. Jika hutan tidak dijaga, tidak mustahil suhu bumi boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius.

  • ·         Tumbuhan bakau yang menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya. Dengan itu pokok bakau sebenarnya bertindak sebagai pembekal oksigen utama untuk hidupan di dalamnya.

Sejarah pemulihan khas di Malaysia

SEJARAH RINGKAS PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA
Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai “Pilot Projek” di sembilan buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan Pemulihan sangatlahdiperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus di bidang Pendidikan Pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya

Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di dua belas buah sekolah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas.

Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :-

i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama
ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua
iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus tersebut.

Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.

Prosedur P&P Murid Pemulihan


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
1.         MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

1.1       Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)
            1.2       Berdasarkan PKBS, atau
            1.3       Berdasarkan pemerhatian guru, atau
            1.4       Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru
Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.
           

2.         MENGENAL PASTI MASALAH

            2.1       Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau  deria murid:
·         Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan.
·         Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
·         Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.
                                     
2.2         Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:
2.2.1     Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM)
2.2.2     Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)
2.2.3     Jangan potostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab.
2.2.4     Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.
2.2.5     Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian.

2.3         Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;
2.3.1     Masalah sosial seperti:
·         Selalu tidak hadir ke sekolah
·         Tiada galakan keluarga
·         Kemiskinan
·         Takut
·         Malu
·         Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.


3.            STRATEGI  PENGAJARAN

Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis  semua jawapan murid dan merekodkannya.
Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.
Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.

CONTOH :


Text Box: KELAS PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN KAKI BUKIT
BATU PAHAT

Nama Murid: Ali Bin Ahmad
Tahun 1 Merah
Tarikh Masuk Kelas Pemulihan Khas: 04 Ogos 2005

Bil	Masalah	Objektif Pengajaran	Tarikh Menguasai
1	Tidak kenal abjad kecil
m / n / j / l	Mengenal abjad kecil m / n / j / l	
2	Keliru membaca sukukata kv + kv	Membaca sukukata kv + kv	
3	Keliru menulis perkataan sukukata kv + kv	Menulis perkataan sukukata 
kv + kv
 


















Objektif Pengajaran – menjadi objektif yang ditulis dalam buku rekod mengajar.
Katakanlah ada 10 orang murid.  Kumpulkan mengikut masalah yang sama, atau yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran guru.
Mungkin terdapat 2 atau 3 kumpulan. Guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan.
Berdasarkan contoh di atas. Katakanlah murid tersebut telah menguasai / membaca sukukata / perkataan kv + kv, guru terus beralih ke kemahiran seterusnya tanpa menjalankan ujian diagnostik lagi. Kemahiran tersebut perlu ditulis di ruangan ’objektif pengajaran’.
Catatkan tarikh murid berjaya menguasai di ruangan ’tarikh menguasai’

4.            PELAKSANAAN

Guru perlu melaksanakan P&P mengikut turutan carta alir.
Terdapat beberapa kaedah pengajaran (membaca) seperti:
·         Kaedah abjad
·         Kaedah pandang dan sebut
·         Kaedah gabungan (bunyi)
·         Kaedah campuran, dan lain-lain
Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keupayaan guru sendiri.
Pengajaran perlu meliputi 5 aspek: lisan, bacaan, tulisan, ejaan serta pemahaman.
Dalam kelas pemulihan khas – hanya kemahiran asas ditekankan, manakala kemahiran-kemahiran seperti menulis karangan dan tatabahasa dipertanggungjawabkan kepada guru kelas atau lebih kepada pemulihan dalam bilik darjah (pemulihan KBSR).

5.         PENILAIAN

        Penilaian dibuat kepada individu jika didapati seseorang murid itu telah dapat menguasai sesuatu kemahiran.
        Sekiranya didapati masih gagal, guru perlu mengkaji sebabnya (mungkin strategi guru tidak sesuai, dan perlu mengubah strategi)
        Jika murid tersebut telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran, bolehlah beralih kepada kemahiran yang seterusnya.
        Murid dikembalikan ke kelas biasa apabila didapati murid tersebut telah menguasai kemahiran asas membaca.